Category Archives: Indonesia

Indonesia

Bandung – Indonesia

Bandung,  Bandung kini,  Bandung terkini,  Bandung terbaru,  Bandung foto,  Bandung gambar,  Bandung video,  Bandung pulau,  Bandung pantai,  Bandung hotel,  Bandung hostel, Bandung rumah tumpangan,  Bandung informasi,  Bandung sejarah,  Bandung berita,  Bandung bf1, video  Bandung, sejarah  Bandung, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah, tempat pelancongan, bercuti, destinasi, mengembara, kasino,  Bandung

\

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda.

Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular.

Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.

Sejarah

  • 1488 – Bandung didirikan sebagai sebahagian Kerajaan Pajajaran.
  • 1799 – Syarikat Hindia Timur Belanda mengalami kemuflisan sehingga wilayah kekuasaannya di Nusantara diambil alih oleh pemerintah Belanda. Ketika itu, Bandung dipimpin oleh Bupati R.A. Wiranatakusumah II.
  • 1808 – Belanda mengangkat Herman Willem Daendels sebagai Gabenor Jeneral di Nusantara setelah ditinggalkan Syarikat Hindia Timur Belanda.
  • 1809 – Bupati memerintahkan pemindahan ibu kota dari Karapyak ke daerah pinggiran Sungai Cikapundung (medan bandar sekarang) yang ketika itu masih merupakan hutan tetapi sudah ada permukiman di sebelah utara.
  • 1810 – Daendels menancapkan tongkat di pinggir Sungai Cikapundung yang berseberangan dengan medan bandar sekarang, dan berkata: “Zorg, dat als ik terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke sini, sebuah kota telah dibangun!”). Sekarang tempat itu menjadi titik pusat atau Km 0 kota Bandung.
  • 25 Mei 1810 – Daendels meminta bupati Bandung dan Parakanmuncang memindahkan ibu kota ke wilayah tersebut.
  • 25 September 1810 – Daendels mengeluarkan surat keputusan untuk memindahkan ibu kota Bandung dan sekaligus melantik Raden Suria sebagai Patih Parakanmuncang pada hari ini. Oleh itu, 25 September telah dijadikan sebagai hari jadi kota Bandung, dengan R.A. Wiranatakusumah sebagai pengasas. Nama pengasas sekarang diabadikan dengan menggantikan nama Jalan Cipaganti dengan namanya. Wilayah ini menjadi rumah tinggal bupati sewaktu ibu kota berpindah ke medan bandar sekarang.
  • 24 Mac 1946 – Pembakaran Bandung oleh para pejuang kemerdekaan yang dikenali dengan sebutan ‘Bandung Lautan Api’ dan diabadikan dalam lagu “Halo-Halo Bandung”.
  • 1955 – Persidangan Asia Afrika diadakan di sini.
  • 2005 – KTT Asia-Afrika 2005

Geografi

Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut.

Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.

Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan terhadap masalah banjir.

Tempat menarik

Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya bergaya Belanda:

  • Gedung Sate, kini berfungsi sebagai pejabat Pemerintah Provinsi Jawa Barat
  • Hotel Savoy Homann di Jalan Asia-Afrika
  • Gedung Dwi Warna
  • Gedung Kantor Pos Besar Kota Bandung
  • Gedung Merdeka dan Museum Asia-Afrika, tempat berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika pada tahun 1955.
  • Gedung Pakuan, kini tempat tinggal rasmi Gabenor Jawa Barat.
  • Gedung Yayasan Pusat Kebudayaan
  • Muzium Geologi Bandung
  • Muzium Wangsit Mandala Siliwangi
  • Institut Teknologi Bandung
  • Vila Isola, UPI
  • Stesen Hall, stesen kereta api
  • Beberapa bangunan lama di Jalan Braga.
  • Balai Cerap Bosscha di Lembang
  • Pusat membeli-belah Dago, Cihampelas dan Cibaduyut
  • Lembang, daerah beriklim serdahana di Bandung Utara.

Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:

  • Tempat peranginan Kuliner di daerah Bandung Utara dan Lembang
  • Tempat peranginan Alam yang berada di daerah Bandung Selatan, Bandung Utara dan kota Lembang

Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dsb.

Pusat Beli-Belah

  • Bandung Indah Plaza (BIP)
  • Bandung Super Mal (BSM)
  • Istana Plaza(IP)
  • Paskal Town Square
  • Cihampelas Walk (Ciwalk)
  • ITC Kebon Kalapa
  • ITC Kopo
  • Parijs Van Java Mal
  • Bandung Trade Center (BTC)
  • Bandung Elektronik Center (BEC)
  • Factory Outlet

Pengangkutan

Di dalam bandar raya, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkot berbanding dengan teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang.

Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sasatranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur di Malaysia.

Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang melayani laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap harinya untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.

Jambatan Pasupati menghubungkan bahagian utara dan timur Bandung melewati lembah Cikapundung. Panjangnya 2.8 kilometer dan lebarnya 30-60 meter. Pada 25 Jun 2005, jambatan ini rasmi dibuka. Jambatan ini akan menjadi mercu tanda Kota Bandung yang baru.

Jalan tol Padaleunyi menghubungkan Padalarang, Cimahi, sebelah selatan Bandung dan Cileunyi. Jalan tol yang menghubungkan Padalarang dan Purwakarta (Cipularang) sudah dibangun, dan memendekkan perjalanan antara Bandung dengan Jakarta. Dengan adanya jalan raya ini, waktu yang diambil untuk perjalanan antara Jakarta – Bandung hanya 2.5 jam.

Pembinaan jalan tol Cileunyi-Sumedang juga sedang dipertimbangkan.

Bandung,  Bandung kini,  Bandung terkini,  Bandung terbaru,  Bandung foto,  Bandung gambar,  Bandung video,  Bandung pulau,  Bandung pantai,  Bandung hotel,  Bandung hostel, Bandung rumah tumpangan,  Bandung informasi,  Bandung sejarah,  Bandung berita,  Bandung bf1, video  Bandung, sejarah  Bandung, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah, tempat pelancongan, bercuti, destinasi, mengembara, kasino,  Bandung

Jakarta di Indonesia

Jakarta, Jakarta berita, Jakarta kini, Jakarta terkini, Jakarta terbaru, Jakarta foto, Jakarta gambar, Jakarta video, Jakarta pulau, Jakarta pantai, Jakarta hotel, Jakarta hostel, Jakarta rumah tumpangan, Jakarta informasi,  Jakarta sejarah, Jakarta bf1, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, jakarta, indonesia

Istiqlal

396px-Monas_by_day

Jakarta_Skyline_(Resize)

Jakarta_Pictures-2

800px-Jakarta_bajaj

Jakarta di Indonesia

[media id=10 width=500 height=400]

Jakarta

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) adalah ibu negara dan bandar terbesar Indonesia. Disebabkan saiznya yang amat besar, Jakarta mempunyai status yang sama dengan sebuah provinsi. Jakarta terletak di bahagian barat laut pulau Jawa. Koordinatnya adalah 6°11′ LS 106°50′ BT. Pada tahun 2004, penduduknya berjumlah 8,792,000 orang [2] yng tinggal di kawasan seluas 661.52 km².

Budaya

Sebagai sebuah ibukota Indonesia, Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah menyebabkan satu jurang urbanisasi yang besar.

Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah Suku Betawi, Jawa, Sunda, Minang, Batak, dan Tionghoa. Budaya lain yang turut menular di Jakarta adalah bahasa pergaulan yang digunakan oleh golongan remaja. Contohnya: Please donk ah! dan So what gitu loh!. Budaya Betawi sebagai budaya utama tidak diendahkan oleh rakyat tempatan sama ada Indonesia mahupun budaya Barat. Untuk melestarikan budaya Betawi, dibina satu pemulihan budaya di Situ Babakan.

Pengangkutan

  • Monorel Jakarta (sedang dalam pembinaan)

Kemudahan Pengangkutan

Untuk ke kota-kota sekitar Pulau Jawa kita boleh melalui Jakarta dengan jaringan jalan raya dan beberapa jalan bebas tol yang telah siap dibina . Jalan bebas tol yang paling baru adalah jalan bebas tol Cipularang yang mempercepatkan masa dari Jakarta ke Bandung menjadi sekitar 1,5 jam. Untuk ke Sumatera terdapat Pelabuhan Merak ke Bakauheni.

Lapangan Terbang yang terdapat di Jakarta adalah:

  • Lapangan Terbang Internasional Sukarno-Hatta yang berfungsi sebagai pintu masuk internasional utama.
  • Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma.

Pelancongan

DKI Jakarta juga memiliki pelbagai tempat tumpuan pelancongan seperti:

  • Masjid Istiqlal
  • Kebun Binatang Ragunan
  • Monumen Nasional Monas
  • Muzium Gajah
  • Taman Mini Indonesia Indah
  • Ancol
  • Pulau Seribu
  • Condet Cagar Budaya Betawi
  • Mall Terkemuka: Plaza Indonesia, Grand Indonesia, FX, EX, Plaza Senayan, Senayan City, PIM 1&2.

Pusat Membeli Belah

Pemerintah DKI Jakarta mengutamakan pelancongan di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di Jakarta semasa perlaksaan program “Enjoy Jakarta” . Sejak belakangan ini, sudah menjadi tren pembangunan pusat perbelanjaan dari yang mewah hingga ke kedai runcit. Di pusat membeli belah tersebut juga muncul kedai francais luar negara Starbucks.

Demografi

Jumlah penduduk di Jakarta sekitar 8,792,000 orang (2004) namun pada siang hari, jumlah tersebut akan bertambah seiring dengan kedatangan para pekerja dari bandar-bandar satelit seperti Bekasi dan Depok. Bahasa yang digunakan di Jakarta adalah Bahasa Indonesia. Bahasa daerah juga digunakan oleh suku kaum minoriti kerana di Jakarta mempunyai berbagai-bagai suku kaum yang berbeza. Oleh sebab itu, bahasa Indonesia sering digunakan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, muncul juga bahasa basahan yang menular dalam kalangan kanak-kanak yang mengandungi bahasa asing.

Agama yang dianuti di DKI Jakarta sangat pelbagai termasuk empat agama yang diakui pemerintah Indonesia ialah (Islam, Kristian, Hindu dan Buddha). Tempat beribat agama Islam juga dibina di Jakarta contohnya:

  • Masjid Istiqlal
  • Masjid Agung Al-Azhar
  • Masjid Sunda Kelapa

Menurut data pemerintah DKI pada tahun 2005, komposisi penganut agama di kota ini adalah seperti berikut:[5]

   * Islam 83 %
   * Kristen Protestan 6,2 %
   * Katolik 5,7 %
   * Hindu 1,2 %
   * Buddha 3,5 %

Jakarta, Jakarta berita, Jakarta kini, Jakarta terkini, Jakarta terbaru, Jakarta foto, Jakarta gambar, Jakarta video, Jakarta pulau, Jakarta pantai, Jakarta hotel, Jakarta hostel, Jakarta rumah tumpangan, Jakarta informasi,  Jakarta sejarah, Jakarta bf1, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, jakarta, indonesia

Bali di Indonesia

Bali, Bali berita, Bali kini, Bali terkini, Bali terbaru, Bali foto, Bali gambar, Bali video, Bali pulau, Bali pantai, Bali hotel, Bali hostel, Bali rumah tumpangan, Bali informasi,  Bali sejarah, Bali bf1, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, bali, indonesia

Indonesia-Bali-Jimbaran

_42689973_bali_afp416

bali_-indonesia1

image_hotel_exterior_hotelsurroundings_1

Bali di Indonesia

[media id=5 width=500 height=400]

Sejarah Bali meliputi rentang waktu perkembangan kebudayaan masyarakat Bali. Sejarah Bali juga terkait dengan beberapa mitologi dan cerita rakyat, yang ada kaitannya dengan sejarah sebuah tempat atau peristiwa yang pernah ada di Bali.

Bali, Bali berita, Bali kini, Bali terkini, Bali terbaru, Bali foto, Bali gambar, Bali video, Bali pulau, Bali pantai, Bali hotel, Bali hostel, Bali rumah tumpangan, Bali informasi,  Bali sejarah, Bali bf1, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, bali, indonesia