Category Archives: Sabah

Sabah

Kota Kinabalu – Sabah

Kota Kinabalu,Kota Kinabalu kini,Kota Kinabalu terkini,Kota Kinabalu terbaru,Kota Kinabalu foto, Kota Kinabalu gambar,Kota Kinabalu video,Kota Kinabalu pulau, Kota Kinabalu pantai,Kota Kinabalu hotel, Kota Kinabalu hostel,Kota Kinabalu rumah tumpangan,Kota Kinabalu sejarah,pelancongan,pulau,pantai,hotel,hostel,rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah,tempat pelancongan,bercuti,destinasi,mengembara,Kota Kinabalu,malaysia

Kota Kinabalu – Sabah

Kota Kinabalu (atau “KK”) ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.

Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.

Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.

Sejarah

Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai “British North Borneo” pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya.

Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil “Gentisan”.

Petempatan tersebut bertukar nama kepada “Jesselton” sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri “British North Borneo”, musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada “Kota Kinabalu” pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru.

Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an.

Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000.

Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.

Tempat-tempat menarik

  • Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
  • Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
  • Muzium Negeri Sabah
  • Masjid Negeri Sabah
  • Pantai Tanjung Aru
  • Karambunai Resort
  • Sutera Harbour Resort
  • Padang Merdeka Kota Kinabalu
  • Menara Jam Atkinson
  • Taman Zoologi
  • Muzium Tamadun Islam
  • Tinggalan Rumah Besar Kinarut

Menara Jam Atkinson

Disiapkan pada tahun 1905, Menara Jam Atkinson merupakan salah sebuah bangunan tertua di Kota Kinabalu.

Seperti menara-menara Malaya British, ia dibina untuk memperingati individu tertentu yang mempunyai kedudukan penting dalam pentadbiran kolonial.

Beliau ialah Residen pertama Sabah, Francis George Atkinson, yang malangnya meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat malaria (anehnya ia dipanggil sebagai ‘Demam Borneo’ pada waktu itu).

Ia juga pada asalnya berfungsi sebagai rumah api, memberikan maklumat kedudukan kepada kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama bagi Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu,Kota Kinabalu kini,Kota Kinabalu terkini,Kota Kinabalu terbaru,Kota Kinabalu foto, Kota Kinabalu gambar,Kota Kinabalu video,Kota Kinabalu pulau, Kota Kinabalu pantai,Kota Kinabalu hotel, Kota Kinabalu hostel,Kota Kinabalu rumah tumpangan,Kota Kinabalu sejarah,pelancongan,pulau,pantai,hotel,hostel,rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah,tempat pelancongan,bercuti,destinasi,mengembara,Kota Kinabalu,malaysia

Pulau Sipadan – Sabah, Malaysia

sipadan, sipadan kini, sipadan terkini, sipadan terbaru, foto sipadan, gambar sipadan, video sipadan, pulau sipadan, pantai sipadan, hotel sipadan, hostel sipadan, rumah tumpangan sipadan, sejarah sipadan, tempat bersejarah sipadan, tempat pelancongan sipadan, lapangan terbang sipadan, muzium sipadan, budaya sipadan, berita sipadan, pengangkutan awam sipadan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah, pelancongan, tempat pelancongan, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, sipadan, sabah, malaysia

sipadan_1

1872175604_f60a429f89

pulau_sipadan_island

465-1705~Colourful-Crinoids-and-Solt-Corals-at-Hanging-Gardens-Sipadan-Island-Sabah-Malaysia-Posters

Pulau Sipadan – Sabah, Malaysia

[media id=2 width=500 height=400]

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai diantara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

Sejarah

Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003.

Keputusan ini berdasarkan “penguasaan berkesan” (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.

Tarikan

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

sipadan, sipadan kini, sipadan terkini, sipadan terbaru, foto sipadan, gambar sipadan, video sipadan, pulau sipadan, pantai sipadan, hotel sipadan, hostel sipadan, rumah tumpangan sipadan, sejarah sipadan, tempat bersejarah sipadan, tempat pelancongan sipadan, lapangan terbang sipadan, muzium sipadan, budaya sipadan, berita sipadan, pengangkutan awam sipadan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah, pelancongan, tempat pelancongan, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, sipadan, sabah, malaysia