Bangkok, Bangkok kini, Bangkok terkini, Bangkok terbaru, Bangkok foto, Bangkok gambar, Bangkok video, Bangkok pulau, Bangkok pantai, Bangkok hotel, Bangkok hostel, Bangkok rumah tumpangan, Bangkok informasi, Bangkok sejarah, Bangkok berita, Bangkok bf1, video Bangkok, sejarah Bangkok, pelancongan, pulau, pantai, hotel, hostel, rumah tumpangan, sejarah, tempat bersejarah, tempat pelancongan, bercuti, destinasi, mengembara, kasino, bangkok, thailand

Bangkok, Thailand
Bangkok, (Bahasa Thai: Krung Thep, Krung Thep Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.
Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Namun, masalah kekurangan infrastruktur dan gejala sosial yang meningkat menghambat kemajuannya sebagai sebuah pusat ekonomi terpenting di Asia Tenggara. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia.
Sejarah
Sejarah Bangkok bermula sebagai sebuah pusat perdagangan yang kecil yang berada di bawah pengaruh Ayutthaya, ibu kota Siam yang lama.
Pada 1567, Ayutthaya jatuh di tangan Burma sebuah ibu kota sementara ditubuhkan di seberang sungai dari Bangkok. Pada tahun 1782, Raja Rama I membina istananya di sungai tersebut dan menjadikan Bangkok ibu kotanya, menamakannya “Krung Thep”.
Nama istiadat Bangkok adalah:
- “Bandar para bidadari, bandar agung, tempat kediaman Buddha Zamrud, bandar yang tidak boleh dikalahkan (tidak seperti Ayutthaya) milik dewa Indra, bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata berharga, bandar yang bahagia, yang dimuliakan dengan kehadiran Istana Agung yang mirip kediaman dewa di syurga, bandar yang dikurniakan oleh Indra dan dibina oleh Vishnukarn.”
Pelajar-pelajar tempatan diajar nama penuh Bangkok walaupun tidak ramai yang dapat memberi penjelasan mengenai maknanya kerana banyak perkataan yang digunakan adalah agak kuno. Namun kebanyakkan warga Thai ingat dengan sepenuhnya nama tersebut kerana ia pernah dijadikan sebuah lagu pop oleh Asanee-Wasan Chotikul.
Sistem pengangkutan
Bangkok pada suatu ketika agak terkenal dengan jaringan canggih parit besar yang dipanggil khlong di bandarnya sehingga ia digelar bandar “Venice di Timur” kerana dulu segala cara pengangkutan di Bangkok digunakan dengan kapal.
Kini, kebanyakan parit besar ini ditukar menjadi jalanraya. Di Bangkok terdapat beberapa lebuhraya yang ditinggikan untuk meringankan masalah sesak lalu lintas yang sering dihadapi oleh bandar tersebut.
Pada tahun 1999 sistem keretapi metro atas tanah, ‘Skytrain’ (BTS secara rasmi) dibuka secara rasmi. Pembinaan jaluran bawah tanah yang pertama, Bangkok Metro, dibuka kepada orang ramai pada Julai 2004.
Namun, pembinaan sistem atas tanah tidak dapat dilengkapkan kerana masalah pembiayaan akibat krisis kewangan Asia. Rangka pembinaan ini masih dapat dilihat dari stesen keretapi yang utama hingga ke lapangan terbang Don Muang.
Sebuah sistem keretapi bawah tanah (MRTA) telah dilancarkan pada Julai 2004, yang menyambung stesen keretapi dari utara, Bang Sue ke stesen Hua Lamphong di tengah-tengah bandar, yang melalui kawasan timur bandar Bangkok.
Bagi mereka yang menggunakan keretapi pula, ramai di antara mereka yang akan memulakan perjalanan dari Hua Lamphong di penghujung selatan Metro. Dari sini, keretapi dapat menuju ke Malaysia di selatan dan Chiang Mai dan lain-lain wilayah di utara dan timur laut.
Hampir-hampir seluruh bandar dan wilayah di Thailand dapat dikunjungi dengan menaiki bas dari Bangkok. Untuk destinasi di bahagian barat dan barat daya Thailand, bas akan berangkat dari Southern Bus Terminal yang terletak di sebelah barat bandar Bangkok.
Untuk destinasi di bahagian tenggara seperti Pattaya dan Ko Samet, bas akan berangkat dari Eastern Bus Terminal, di Ekamai. Untuk segala destinasi di bahagian utara dan timur laut, bas akan berangkat dari Northern Bus Terminal di Mo Chit, yang boleh dilawati dengan menggunakan keretapi Skytrain dan Metro.
Lapangan Terbang Don Muang, yang dahulunya tersibuk di Asia Tenggara, terletak di bahagian utara bandar Bangkok. Pembinaan lapangan terbang baru, Suvarnabhumi di distrik Amphoe Bang Phli di wilayah Samut Prakan telah bermula pada tahun 2002 dan siap dibina pada tahun 2005. Lapangan terbang ini telah dibuka. Segala penerbangan luar negara akan berlepas dan mendarat di Suvarnabhumi dan lapangan terbang Don Muang akan melayan penerbangan dalam negeri sahaja.